Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tentera Laut AS tertembak jet pejuang sendiri di Laut Merah
  • GLOBAL

Tentera Laut AS tertembak jet pejuang sendiri di Laut Merah

Utusan Sarawak 5 months ago

Pesawat pejuang jenis F/A-18F Super Hornet. Foto fail

ISTANBUL: Dua juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas melenting keluar dari jet pejuang F/A-18 yang ditembak jatuh di Laut Merah, dipercayai akibat insiden ‘tembakan sendiri’, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kedua-dua juruterbang selamat, dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan, menurut kenyataan Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM).

“Kapal penjelajah peluru berpandu USS Gettysburg, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Serangan Kapal Induk USS Harry S Truman, secara tidak sengaja melepaskan tembakan dan terkena F/A-18,” menurut CENTCOM.

Jet pejuang itu beroperasi dari kapal pengangkut pesawat Truman. Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu. – Bernama-AA

Continue Reading

Previous: Gempa kuat sekali lagi gegarkan Vanuatu, Australia
Next: Helikopter terhempas di hospital, empat maut termasuk doktor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.