JAKARTA: Malaysia mendapat lampu hijau dari Indonesia untuk menghantar bantuan bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan seterusnya menjejaskan ruang udara negara jiran termasuk Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persetujuan itu diberikan ketika pertemuannya dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Istana Hambalang sempena dengan lawatan kerja ke Jakarta.
“Presiden Prabowo telah menyambut dengan baik, ertinya memberikan keizinan terhadap tawaran Malaysia untuk sama-sama menangani permasalahan jerebu dan kebakaran di Kalimantan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – Bernama





