Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TBS serah bantuan kepada 246 penerima
  • Utara
  • WILAYAH

TBS serah bantuan kepada 246 penerima

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN TBS… Junidi Lamat menyerahkan sumbangan kepada salah penerima.

LIMBANG: Sebanyak RM82,950 telah diagihkan kepada 246 penerima bantuan terdiri daripada asnaf di Limbang bawah jagaan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), pelajar tahfiz serta pusat tahfiz.

Ketua Bahagian TBS Cawangan Limbang, Junidi Lamat, berkata bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan sepanjang Ramadan dan sebagai persediaan menyambut Syawal yang akan tiba.

“Selain berbuka puasa kita akan menyerahkan sumbangan sebagai persiapan penerima untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya pada Program Iftar Bersama Asnaf di Dewan Bunga Raya, Limbang semalam.

Jelasnya, pelbagai bantuan disalurkan, termasuk Bantuan Wang Fidyah, Bantuan Duit Raya dan Bantuan Sara Hidup.
Bantuan Sara Hidup fasa kedua dijangka diterima pada penghujung Mac ini, manakala fasa ketiga pada Ogos depan.

Setakat Februari 2025, TBS telah mengagihkan sejumlah RM13.26 juta kepada golongan asnaf yang layak melalui empat program utama.

Antaranya melibatkan Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah kubur mendap diatasi segera
Next: Nikmati laluan baharu lebih mudah, pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.