Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Mini Haji diwujudkan di SMK Agama Saratok
  • WILAYAH

Taman Mini Haji diwujudkan di SMK Agama Saratok

Utusan Sarawak 7 months ago

Mohamad Duri semasa melakukan perasmian Taman Mini Haji di SMK Agama Saratok, hari ini.

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menghulurkan dana bagi membina sebuah Taman Mini Haji di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok.

Taman Mini Haji SMK Agama Saratok ini adalah cetusan idea dan usaha guru-guru dalam bidang Pendidikan Islam sekolah berkenaan.

“Taman Mini Haji bertujuan dibina untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai ibadah haji dan rukun-rukunnya. 

“Taman ini direka bentuk untuk meniru suasana serta lokasi utama dalam pelaksanaan ibadah haji, seperti Kaabah, Bukit Safa dan Marwah, kawasan melontar, dan tempat bermalam di Muzdalifah. 

“Melalui taman ini, pelajar berpeluang mempelajari dan merasai pengalaman praktikal haji secara visual dan interaktif,” kata Mohamad Duri semasa melakukan perasmian Taman Mini Haji di SMK Agama Saratok, hari ini.

Beliau berkata Taman Mini Haji ini juga memberi peluang kepada guru dan penduduk setempat untuk mengadakan simulasi ibadah haji secara lebih efektif.

“Ini akan menghidupkan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah untuk tajuk manasik haji dengan elemen amali yang lebih mudah difahami pelajar.

“Dengan wujudnya Taman Mini Haji di sekolah ini, diharapkan pelajar bukan sahaja memahami teori, malah juga dapat menghayati keindahan dan hikmah di sebalik ibadah haji dalam Islam sekali gus membantu pelajar memahami tajuk manasik haji dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: KJM perlu aktif main peranan untuk kesejahteraan penduduk
Next: Silat Mayang Mangurai Sarawak Wilayah Kabong kini ada 80 ahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.