Bangkok isytihar bencana banjir di seluruh bandar

Facebook
WhatsApp
KENDERAAN terkandas dalam banjir di sepanjang Jalan Phetchaburi, Bangkok. Foto AFP

BANGKOK, Thailand: Pihak berkuasa Bangkok hari ini mengisytiharkan bencana di kesemua 50 daerah di ibu negara Thailand itu selepas hujan berterusan menyebabkan banjir besar.

Pengisytiharan itu yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan dibuat selepas Gabenor Bangkok memaklumkan hampir 300 milimeter hujan direkodkan sejak Khamis.

“Air terus naik. Sukar untuk keluar sekarang. Paras air sudah mencecah pinggang saya,” kata Somkid Pheuk-ngam, 67, seorang peniaga yang tinggal berhampiran terusan di utara pusat Bangkok.

“Saya tidak dapat ke mana-mana. Sudah dua hari saya menutup kedai,” katanya kepada AFP sambil menambah bahawa walaupun kawasan itu sering dilanda banjir, keadaan kali ini disifatkannya lebih buruk berbanding banjir 2011.

Hujan turun hampir tanpa henti sejak petang Khamis, menyebabkan jalan raya ditenggelami air dan paras air di terusan Bangkok meningkat sehingga memasuki banyak rumah serta restoran di sepanjang terusan.

SEORANG lelaki melihat keluar dari sebuah restoran yang dilanda banjir di Bangkok. Foto AFP

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata bahagian timur bandar paling teruk terjejas dan memberi amaran lebih banyak hujan diramalkan.

“Hujan terus turun dan kami melakukan yang terbaik. Kami cuba mengepam keluar air, tetapi terusan sudah penuh,” katanya menerusi media sosial.

“Kawasan berisiko ialah kawasan berhampiran terusan. Semua terusan kini penuh,” katanya sambil menggesa penduduk memindahkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.

Beliau turut menggesa pesakit terlantar yang bergantung kepada peralatan perubatan sokongan hayat supaya mempertimbangkan untuk ditempatkan sementara di hospital.

Banjir besar yang melanda Thailand pada 2011 mengorbankan lebih 500 orang dan merosakkan jutaan kediaman. – AFP

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa