Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sumbangan syarikat korporat, swasta dialu-alukan sepanjang Ramadan  
  • TEMPATAN

Sumbangan syarikat korporat, swasta dialu-alukan sepanjang Ramadan  

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGARAH Ma Hung Food Stuff Sdn Bhd, Dato’ Tay Yung Hock (dua, kiri) bersama isteri, Datin Grace Toh (kiri) serta tetamu lain bergambar bersama penerima sumbangan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Asnaf dan Bubur Lambuk di Surau Darul Fattah, Flat Tabuan Jaya, Kuching.

KUCHING: Kerjasama dan sokongan daripada syarikat korporat serta pihak swasta dalam membantu golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan amat dialu-alukan dan dihargai.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup, menyatakan bahawa keprihatinan pelbagai pihak, termasuk mereka yang bukan beragama Islam, mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan masyarakat di Sarawak.

Abang Abdul Aziz turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat Ma Hung Food Stuff Sdn Bhd atas usaha berterusan dalam menyalurkan bantuan kepada badan bukan kerajaan, khususnya dalam bulan penuh keberkatan ini.

“Perpaduan seperti inilah yang menjadi kebanggaan kita dan wajar dipertahankan kerana ia adalah kekuatan utama masyarakat kita.

“Sikap prihatin yang ditunjukkan syarikat Ma Hung Food Stuff ini wajar dicontohi. Walaupun pemiliknya berbangsa Cina, mereka tetap membantu tanpa mengira kaum.

“Kita bertanggungjawab untuk mengekalkan budaya ini agar ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Asnaf dan Bubur Lambuk di Surau Darul Fattah, Flat Tabuan Jaya, semalam. 

Sementara itu, Pengarah Ma Hung Food Stuff Sdn Bhd, Dato’ Tay Yung Hock, menjelaskan bahawa sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan serta menyemarakkan lagi sambutan Ramadan,” katanya.

Sebanyak 200 pek bakul makanan dan bubur lambuk diagihkan kepada golongan asnaf di Flat Tabuan Park dan Kampung Tabuan Melayu menerusi program tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samajaya Muara Tabuan, Datuk Dr Paruwadi Musa, turut merakamkan penghargaan kepada Ma Hung Food Stuff atas sumbangan yang diberikan.

“Inisiatif seperti ini amat diperlukan bagi memeriahkan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan,” ujarnya.

Dr Paruwadi turut mencadangkan agar pertandingan futsal bagi lelaki dan wanita dianjurkan di padang futsal flat tersebut sempena sambutan Aidilfitri yang akan datang.

Turut hadir pada majlis tersebut, isteri Dato’ Tay, Datin Grace Toh, serta para jemputan lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari saksi penyerahan zakat berjumlah keseluruhan RM387,439
Next: Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.