KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kanowit meningkat kepada 231 setakat 8.00 malam ini, namun kekal dalam kategori sangat tidak sihat.
Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di Sri Aman (177), Sibu dan Betong masing-masing (175), Mukah (170), Serian dan Sarikei masing-masing (163), Kuching dan Lubok Antu masing-masing (160), Bintulu (159), Samarahan (158), Samalaju (155), Belaga (154), ILP Miri (153), Miri (140) dan Tebedu (111).
Sementara itu, Kapit (97), Limbang (92), Lundu (88), Lawas (76) dan Bario (52) berada dalam kategori sederhana.





