Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan kerusi roda kepada warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan kerusi roda kepada warga emas

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Kiffli Usup di Kampung Hulu Sungai Benang, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada penduduk warga emas yang memerlukan di Kampung Hulu Sungai Benang, hari ini.

Beliau menyerahkan kemudahan kerusi roda itu kepada Kiffli Usup, 67, setelah menjalani pembedahan kaki dan memerlukan kerusi roda untuk membantunya bergerak.

Mengenai sumbangan itu, Chee Kadir memberitahu ia adalah sebagai keprihatinan sebagai seorang wakil rakyat untuk membantu mereka yang memerlukan.

DATO Mohd Chee Kadir beramah mesra dengan Kiffli Usup selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda.
Foto ADUN Kabong

“Saya juga berharap dengan sumbangan kerusi roda ini ia dapat membantu pesakit ini untuk bergerak selesa sama ada dalam rumah mahupun di luar rumah,” katanya yang turut menyampaikan bantuan one-off kebajikan kepada Kiffli.

Sehubungan itu, Chee Kadir berharap keluarga berkenaan dapat memanfaatkan sebaik mungkin bantuan berupa kerusi roda yang disumbangkan itu.

Beliau juga menjelaskan bahawa wakil rakyat yang dipilih rakyat tidak hanya turun padang secara bermusim sebaliknya terus sentiasa mendekati rakyat sepanjang masa.

“Saya akan terus turun padang bertemu dan melihat sendiri keperluan rakyat selain bertukar maklumat berhubung perkembangan di kawasan yang saya wakili dan ini merupakan satu hubungan akrab sejak awal saya dipilih menjadi wakil rakyat,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, Naib Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong, Maini Spawi, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli, Penolong Bendahari PBB Kabong, Normah Ahmadi dan Pegawai Tugas Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM salur RM42.9 juta kepada 54,040 penerima bantuan
Next: Cetus kelainan agih bubur kapur gula apong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.