Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sukan SUKMA 2024: Lima acara tambahan dipertandingkan
  • TEMPATAN

Sukan SUKMA 2024: Lima acara tambahan dipertandingkan

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Program Dialog Seni Majlis Seni Sarawak 2023 di sini, hari ini. 

KUCHING: Lima acara tambahan Sukan SUKMA 2024 yang akan dipertandingkan ialah Sofbol, Catur, Kabbadi, Silambam dan Kriket. 

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sejurus selepas bermesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, semalam. 

“Ada tujuh persatuan sukan yang telah membuat rayuan untuk memohon agar acara sukan tambahan diterima dalam SUKMA 2024 kelak. 

“Setelah bermesyuarat hampir dua jam kita telah membuat keputusan dan bersetuju untuk menerima lima lagi sukan antaranya adalah Sofbal, Kriket Kabbadi, Silambam dengan Catur.

“Kami telah menelitinya dengan sangat terperinci kerana kelima-lima ini ada liga kebangsaannya sendiri. Saya rasa adil untuk acara sukan ini disertakan dalam SUKMA 2024,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status lima acara sukan tambahan SUKMA 2024 sejurus selepas Perasmian Program Dialog Seni Majlis Seni Sarawak 2023 di sini, hari ini. 

Jelas Karim, pada masa ini padang kriket sedang dalam pembinaan dan akan siap sepenuhnya sebelum SUKMA. 

“Kita ada dua padang ragbi dan satu padang kriket yang sedang dalam pembinaan di kompleks sukan Petra Jaya.

“Kita akan menentukan bahagian mana sama ada Kuching, Samarahan atau bandar yang lain kerana kita ada 8 destinasi atau tempat untuk mengadakan SUKMA.

“…Dan keseluruhan acara sukan SUKMA 2024 yang bakal dipertandingkan adalah sebanyak 37 acara sukan,” jelasnya.

Abdul Karim turut menyatakan bahawa Sarawak bersedia untuk SUKMA 2024.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: IEW 2023: 5,000 peserta 25 negara berhimpun di BCCK 13-15 Jun ini
Next: H2ornbill, H2biscus dijangka beroperasi 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.