Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suasana pilu selubungi ketibaan jasad mendiang Kpl Petrus
  • TEMPATAN

Suasana pilu selubungi ketibaan jasad mendiang Kpl Petrus

Utusan Sarawak 8 months ago

JASAD MENDIANG.....Tiba di kampung halamannya di Rh Janting di Limunjan, Pakan pada jam 6.30 petang semalam.-Gambar Facebook.

SIBU: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Gereja St. Chepal Anthony Kem Oya, apabila jasad mendiang Kpl Petrus Linggi Liman, anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) tiba untuk penghormatan terakhir, petang semalam.

Menurut kenyataan dikongsikan di halaman Facebook Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja, istiadat mengikut adat rejimental ketenteraan yang diketuai oleh Sjn Sathis Kumar a/l Kanasen bersama lapan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diberikan kepada jasad mendiang Kpl Petrus Linggi Liman yang meninggal dunia pada 23 Sep 2024.

Selain itu, Pegawai Memerintah pasukan, Lt Kol Majani Japon turut menyerahkan sumbangan dan memberikan kata-kata semangat kepada waris mendiang agar terus tabah menghadapi ujian yang telah dihadapi.

Turut hadir ialah Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 3 RRD, Jamayah Bujang. 

Selepas itu, jasad mendiang dibawa ke kampung halamannya di  Rh Janting di Limunjan, Pakan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Facebook Jenazah mendiang tiba pada jam 6.30 petang dan disambut ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Mendiang Petrus terkorban semasa menjalani latihan di kawasan Song pada awal pagi Isnin lalu.

Sebelum kejadian mendiang dan kumpulannya sedang berehat berhampiran jalan balak yang tidak berturap sebelum terkena tembakan yang tidak dikenali pasti

Mangsa yang terkena tembakan segera diberi rawatan kecemasan di lokasi sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song sebelum dirujuk ke Hospital Kapit dan disahkan meninggal dunia.

Continue Reading

Previous: Cubaan curi kabel punca Jalan Tabuan bergelap sekitar 10 jam    
Next: Festival Layang-Layang tarik peserta 28 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.