DUN: Tellian gesa tindakan tegas terhadap pengedaran dadah, judi dalam talian

Facebook
WhatsApp
ROYSTON Valentine (GPS-Tellian) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2027) 2026 pada sidang DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS.

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kerajaan dan agensi penguatkuasaan digesa mempergiat tindakan membanteras pengedaran dadah serta kegiatan perjudian dalam talian yang semakin membimbangkan masyarakat.

Royston Valentine (GPS-Tellian) berkata, penyalahgunaan dadah sintetik dan kewujudan kegiatan perjudian dalam talian memerlukan pendekatan lebih berkesan bagi melindungi generasi muda serta menjaga kesejahteraan masyarakat di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2027) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

“Pengedaran dan penjualan dadah sintetik turut dipromosikan melalui media sosial, selain menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan kurier untuk penghantaran”, katanya.

Beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan perlu memberi tumpuan kepada rangkaian pengedaran dadah, khususnya pembekal utama, manakala individu yang mengalami ketagihan perlu diberikan peluang untuk menjalani rawatan dan pemulihan.

Pada masa sama, beliau menggesa pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah diperkukuh sejak peringkat sekolah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda.

Mengenai perjudian dalam talian, Royston membangkitkan kegiatan premis yang didakwa berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit 24 jam untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Beliau meminta tindakan tegas diambil terhadap premis yang terbukti menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, termasuk pembatalan lesen perniagaan yang digunakan untuk melindungi kegiatan haram tersebut.

Oleh Shikin Mahmud

DUN: Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak

PETRA JAYA, 15 Oktober: Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sarawak dicadangkan sebagai platform rasmi untuk golongan muda menyuarakan pandangan

DUN: Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak

PETRA JAYA, 15 Oktober: Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sarawak dicadangkan sebagai platform rasmi untuk golongan muda menyuarakan pandangan