“Suara rakyat keutamaan kerajaan”

Facebook
WhatsApp
PROJEK RTP … Rolland Duat Jubin menyaksikan majlis penyerahan RTP Merata Tapak Rumah Medan Radin, Ulu Sejugam, Lasi Julau, baru-baru ini.

SARIKEI: Sekitar 100 orang menghadiri Majlis Penyerahan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Merata Tapak Rumah Medan Radin, Ulu Sejugam, Lasi Julau, baru-baru ini.

Hadir untuk menyaksikan majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Meluan, Rolland Duat Jubin.

Rolland berkata, projek RTP merata tapak rumah panjang Medan Radin telah bermula pada 18 September 2020 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 17 Januari 2020.

“Kos untuk melaksanakan projek ini ialah sebanyak RM100,000.
“Hasil komitmen padu di antara pihak kontraktor yang terlibat dengan pembinaan ini, tapak ini telah berjaya disiapkan awal dari tempoh yang telah ditetapkan,” katanya.

Ujarnya, ia telah diserahkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran Bahagian Sarikei yang bertanggungjawab dalam memantau sepenuhnya kerja-kerja ini.

Dalam pada itu, katanya, penduduk di rumah panjang Medan Radin yang mempunyai 30 pintu bilik telah menyampaikan hasrat untuk memohon pinjaman perumahan di bawah Program Pinjaman Rumah Panjang (PPRP) bagi meringankan beban dalam membina rumah panjang baharu ini.

“Oleh itu, saya menyokong penuh terhadap permohonan tersebut dan berusaha untuk menyampaikannya kepada pihak berkaitan.

“Suara rakyat adalah keutamaan kita (kerajaan). Oleh itu kita berharap hubungan yang baik di antara pihak kita dengan rakyat dapat kita teruskan sampai bila-bila demi untuk kebaikkan bersama dan kelancaran setiap aktiviti pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan di kawasan ini amnya,” ujarnya.

Oleh EARL ANEK

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos