Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suar asap dibaling dalam pekarangan rumah
  • JENAYAH

Suar asap dibaling dalam pekarangan rumah

Utusan Sarawak 7 months ago

DIBALING SUAR...Bahan suar dalam tin yang disyaki dibaling individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri, Permyjaya, Miri.

MIRI: Penghuni sebuah rumah cemas apabila kediamannya di Jalan Dato Permaisuri, Permyjaya, di sini dibaling suar asap tengah malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.33 tengah malam itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) pemilik rumah.

Rakaman itu menunjukkan seorang individu dalam keadaan mencurigakan membaling objek itu ke dalam pekarangan rumah, menyebabkan kepulan asap tercetus.

Bimbang melihat asap, pemilik rumah berusia 58 tahun itu segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tindakan lanjut. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, sepasukan bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Setibanya dilokasi didapati berlaku asap keluar dari rumah tersebut.

“Tiada operasi dijalankan kerana ia berpunca daripada suar asap yang dibaling ke arah rumah terbabit,” katanya. 

Henry berkata,  pasukan bomba hanya membuat pemantauan untuk memastikan tiada sumber nyalaan yang lain. 

Continue Reading

Previous: Maritim tahan dua vesel, 10 rakyat Vietnam di perairan negara
Next: Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.