Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SRI AMAN SEDIA GEGAR
  • SUKAN

SRI AMAN SEDIA GEGAR

Utusan Sarawak 4 years ago
PERSIAPAN…. Bekas pemain Sarawak, Awang Sifullah Awang Yaman (kanan) selaku kapten pasukan pilihan Sri Aman sedang melakukan latihan bagi persiapan menentang pasukan Kuching City FC 8 Disember ini.

PASUKAN pilihan Sri Aman kini sedang mempersiapkan para pemainnya untuk mengharungi siri perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana, Kuching City FC, 8 Disember ini di Kompleks Sukan Sri Aman.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim berkata pihaknya kini telah mengenal pasti pemain-pemain yang akan terpilih untuk bermain dalam barisan pasukan pilihan Sri Aman dan akan sedaya upaya mencari pemain yang berbakat dan berpengalaman mewakili pasukan Merpati Putih sebelum ini.

“Kita telah mengenalpasti pemain-pemain yang akan membarisi pasukan pilihan Sri Aman untuk mengharungi siri perlawanan persahabatan menentang pasukan Kuching City FC yang dijadualkan pada 8 Disember nanti.

“Pemain-pemain yang disenaraikan nanti adalah terdiri daripada bekas pemain Piala Sarawak bahagian Sri Aman, Liga Juara-Juara Sarawak dan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR).

“Kesemua pemain yang terpilih itu nanti adalah 100 peratus anak jati dari Sri Aman bagi menghadapi cabaran pada perlawanan persahabatan itu kelak,” katanya yang juga merupakan ketua jurulatih bagi pasukan naungan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA).

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Seda United lakar juara
Next: Datus United lakar sejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.