FIFA sahkan Bergson, Tapp layak sarung jersi Harimau Malaya

Facebook
WhatsApp
BERGSON da Silva dan Brad Tapp masing-masing disahkan FIFA layak mewakili skuad kebangsaan. Foto Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson da Silva dan Brad Tapp masing-masing layak mewakili skuad kebangsaan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengesahan itu diterima selepas FIFA selesai meneliti status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan ditetapkan.

Bagaimanapun, status dua lagi pemain JDT, Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan dan pengesahan FIFA.

“FAM akan terus memberikan kerjasama dan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan kepada FIFA berkaitan proses semakan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

FAM memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai status Hidalgo dan Lowry akan diumumkan selepas menerima pengesahan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia itu.

Bergson, 35, merupakan penyerang kelahiran Brazil yang menyertai JDT pada 2021 dan melengkapkan tempoh lima tahun berada di Malaysia pada Februari lepas sekali gus membuka laluan untuk proses naturalisasi bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya.

Tapp, 25, pula merupakan pemain pertahanan warisan kelahiran Sydney, Australia yang menyertai JDT daripada Central Coast Mariners, Julai lepas.

Pengesahan kelayakan Bergson dan Tapp memberi lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan negara kendalian Tan Cheng Hoe menjelang persiapan menghadapi edisi sulung Piala ASEAN FIFA di Jakarta hujung bulan ini. – Bernama

Kuching City benam Melaka 2-1

MELAKA: Kuching City FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Melaka dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam