Semeru meletus tiga kali, abu cecah 1,000 meter

Facebook
WhatsApp
GUNUNG Semeru meletus sebanyak tiga kali dengan abu vulkanik dilaporkan mencapai ketinggian 1,000 meter di atas puncak, di Jawa Timur, Indonesia.

JAKARTA:  Gunung Semeru di Jawa Timur meletus tiga kali pagi ini, memuntahkan abu setinggi 1,000 meter dari puncaknya, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), abu tertinggi direkodkan ketika letusan pada 6.28 pagi waktu tempatan, mencecah kira-kira 4,676 meter dari aras laut.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawangnya, letusan itu berlangsung selama 140 saat, selepas dua letusan terdahulu pada 4.20 pagi dan 5.53 pagi yang masing-masing menghasilkan abu setinggi kira-kira 500 meter dan 800 meter dari puncak.

Di lokasi lain di Indonesia, Gunung Ibu di Maluku Utara meletus pada 12.39 tengah malam, memuntahkan abu tebal berwarna kelabu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak dan bergerak ke arah timur.

PVMBG memaklumkan letusan itu berlangsung selama 53 saat, manakala Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur meletus pada 4.30 pagi dengan menghasilkan abu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak.

Abu berwarna putih dari Ili Lewotolok dilihat bergerak ke arah barat laut, manakala letusan itu berlangsung selama 34 saat. – Bernama

Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran