Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Siri kembara perpustakaan bergerak BDA
  • Utara
  • WILAYAH

Siri kembara perpustakaan bergerak BDA

Utusan Sarawak 4 months ago
PERPUSTAKAAN Awam BDA melaksanakan siri kembara perpustakaan bergerak ke dua rumah panjang di kawasan Sebauh baru-baru ini, membawa pelbagai aktiviti interaktif untuk komuniti setempat. Foto Perpustakaan Awam BDA

SEBAUH: Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menjayakan siri kembara perpustakaan bergerak membabitkan dua lokasi di kawasan Sebauh di sini, baru-baru ini.

Dua lokasi tersebut ialah Rumah Herman Lanying dan Rumah Joseph Gima.

Menurut satu kenyataan daripada Perpustakaan Awam BDA, program itu bertujuan mendekatkan komuniti setempat dengan sumber ilmu, menyediakan akses pendidikan dan memperkaya pengalaman mereka melalui pelbagai aktiviti interaktif.

Program seumpama itu adalah inisiatif dari Seksyen Perpustakaan Awam BDA Bintulu, yang berusaha menyediakan sumber ilmu kepada komuniti luar bandar dengan cara yang lebih inklusif dan mudah diakses.

“Kami membawa pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti setempat. Inisiatif Seksyen Perpustakaan Awam BDA Bintulu ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan perpustakaan dengan komuniti secara inklusif,” katanya.

Antara aktiviti dijalankan termasuk sirkulasi bahan perpustakaan, pendaftaran keahlian, pertandingan kuiz silang kata dan aktiviti interaktif bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan penduduk setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RMC, hospital pertama miliki unit kardiologi
Next: Penduduk bakal nikmati jalan berturap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.