Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sim, isteri lawat kuil berusia lebih 120 tahun
  • Tengah
  • WILAYAH

Sim, isteri lawat kuil berusia lebih 120 tahun

Utusan Sarawak 3 months ago
DR Sim bersama yang lain pada lawatan ke Kuil Eng Ann Teng Tua Peh Kong, hari ini. 

SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bersama isteri, Datin Amar Enn Ong, mengadakan lawatan ke Kuil Eng Ann Teng Tua Peh Kong di sini hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi kuil, Soon Choon Kui, serta ahli jawatankuasa kuil.

Dr Sim berkata lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan dengan masyarakat serta menghargai kepentingan kuil bersejarah itu, yang telah berusia lebih 120 tahun.

“Kuil ini bukan sahaja tempat ibadat, tetapi juga warisan penting dan tarikan pelancongan bagi Sibu,” katanya.

Dalam pada itu, Soon berharap Dr Sim akan terus menyokong usaha pembesaran kuil bagi menampung keperluan masyarakat setempat.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting, dan Pengerusi SUPP Bawang Assan Kevin Lau.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiong gesa penduduk beri kerjasama kepada pasukan sukarelawan
Next: PPS Dewan SMK Tatau ditutup setelah 14 hari beroperasi  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.