Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut dalam rempuhan kereta api
  • GLOBAL

Seorang maut dalam rempuhan kereta api

Utusan Sarawak 5 years ago
PASUKAN penyelamat wilayah memaklumkan sekurang-kurangnya 35 penumpang dilaporkan cedera, yang mana sebilangan mangsa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter. • Foto AFP

PRAGUE: Sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta api barang dalam kejadian berhampiran ibu negara Republik Czech, mengakibatkan seorang terkorban, manakala puluhan lagi cedera.

Mangsa dilaporkan maut dalam nahas berhampiran stesen Cesky Brod di timur Prague, pada jam 9.30 malam waktu tempatan, pada Selasa.

Pasukan penyelamat wilayah memaklumkan sekurang-kurangnya 35 penumpang dilaporkan cedera, di mana sebilangan mangsa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter.

Dilaporkan kira-kira 100 individu berada di dalam kereta api tersebut.

Menurut pegawai keselamatan kereta api Czech, laluan utama yang menghubungkan ibu negara dengan bahagian timur negara itu dijangka ditutup sehingga tengah hari Rabu (waktu tempatan).

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian.-AFP

Continue Reading

Previous: Bill Stepien dilantik pengurus baharu kempen AS
Next: Singapura henti kenaikan fi berjadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.