Kebocoran gas disyaki punca letupan di Surabaya, lima cedera, 41 hartanah musnah

Facebook
WhatsApp
KEADAAN kawasan perumahan di Jalan Kalisari Utara, Mulyorejo, Surabaya, selepas berlaku letupan. Foto AGENSI

JAKARTA: Letupan kuat memusnahkan kira-kira 41 hartanah di kompleks komersial di Surabaya, Jawa Timur, pagi Selasa, dengan siasatan awal menunjukkan kejadian berpunca daripada kebocoran gas, kata polis.

Ketua Polis Metropolitan Surabaya Kombes Pol Luthfie Sulistiawan berkata letupan berlaku kira-kira 7.00 pagi di restoran Nasi Tempong Sri Dewi di kompleks komersial San Antonio di Pakuwon City, Mulyorejo.

Insiden menyebabkan empat lelaki dan seorang wanita cedera yang dibawa ke hospital berhampiran.

Beliau berkata letupan terjadi ketika kakitangan dapur sedang menyediakan makanan, dengan siasatan awal menunjukkan tukang masak mengesan bau gas sejurus sebelum letupan manakala polis menemukan tiga silinder gas petroleum cecair (LPG) seberat 50 kilogram di premis itu.

“Pada peringkat ini, kami mengesyaki terdapat kebocoran daripada paip. Ia juga telah disahkan bahawa ketiga-tiga silinder LPG kini kosong, bermakna semua gas telah terbebas,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, menurut video yang dimuat naik di media sosial oleh media tempatan.

Polis kini memeriksa lanjut tempat kejadian untuk menentukan punca sebenar kebocoran yang disyaki itu.

Luthfie turut menolak dakwaan letupan berpunca daripada bahan letupan, menyatakan bahawa pasukan pemusnah bom tidak menemui kesan bahan letupan.

Beliau berkata letupan itu merosakkan kira-kira 41 hartanah di sekitar tempat kejadian, kebanyakannya melibatkan kaca pecah.

Lima rumah yang terletak di belakang kompleks komersial itu turut rosak teruk.- Bernama

Turkiye dilanda gempa bumi magnitud 5.2

ISTANBUL, 4 Oktober: Gempa bumi bermagnitud 5.2 direkodkan di wilayah Osmaniye, tenggara Turkiye hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan