Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Selebriti disyaki miliki dadah disambung reman empat hari
  • MAHKAMAH

Selebriti disyaki miliki dadah disambung reman empat hari

Utusan Sarawak 5 months ago
KETUA Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

PUTRAJAYA: Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan berikutan tempoh reman lelaki berusia 41 tahun itu tamat, hari ini.

“Tempoh reman selebriti ini disambung empat hari. Hari ini kes dirujuk kepada Majistret Muhammad Bukhori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, selebriti lelaki itu ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Farid Kamil enggan ceraikan Diana Danielle
Next: Rosmah dibebaskan daripada 17 tuduhan pengubahan wang, elak cukai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.