LISBON: Ruben Amorim mendedahkan beliau diberitahu oleh Manchester United “ia sekarang atau tidak langsung” ketika beliau disahkan akan mengambil alih kerusi panas di Old Trafford pada pertengahan musim.
Jurulatih Sporting Lisbon berusia 39 tahun itu disahkan sebagai pengurus baharu United malam tadi untuk menggantikan Erik ten Hag yang dipecat.
Amorim berkata, beliau boleh sahaja menerima tawaran “tiga kali ganda” daripada kelab lain tetapi hatinya sudah terpaut dengan United.
Bagaimanapun, keinginannya adalah untuk kekal bersama juara Portugal, Sporting Lisbon hingga hujung musim ini sebelum beralih ke kelab gergasi Inggeris itu pada musim panas – idea yang pantas ditolak oleh United.
“Satu-satunya soalan saya ajukan adalah untuk pergi ke sana pada hujung musim,” kata Amorim pada sidang media awal pagi tadi.
“Tetapi saya diberitahu ia sekarang atau tidak pernah langsung. Saya mempunyai tiga hari untuk membuat keputusan. Itulah yang saya lakukan,” AFP