

SIMANGGANG: Ahli Dewan Negara, Senator Pele Tinggom menggesa keperluan mempercepatkan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang baharu bagi memperkukuhkan aspek keselamatan serta kebajikan anggota polis di daerah itu.
Beliau menjelaskan bahawa isu keselamatan khususnya berkaitan jenayah dadah di Saratok perlu diberi perhatian serius termasuk melalui penambahan anggota dan pegawai narkotik di IPD berkenaan.
Menurut beliau, perkara tersebut sentiasa dibangkitkan dalam persidangan Parlimen di Dewan Rakyat bagi memastikan keselamatan rakyat terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Antara cadangan utama yang telah dikemukakan adalah penambahbaikan kemudahan logistik serta penambahan kekuatan anggota, khususnya pegawai narkotik untuk ditempatkan di daerah tersebut.
Kenyataan itu dizahirkan beliau ketika berucap pada Pertandingan Menembak bersama barisan kepimpinan IPD Saratok sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Lapang Sasar Batalion 23, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Temudok Sri Aman dekat sini hari ini.
Pele turut memaklumkan bahawa meskipun tapak bagi pembinaan IPD Saratok yang baharu telah dikenal pasti dan kelulusan dasar telah diberikan, namun projek fizikal tersebut masih belum dimulakan setakat ini.
Sehubungan itu, beliau menaruh harapan besar agar pembinaan tersebut dapat disegerakan demi keselesaan anggota polis serta memenuhi keperluan keselamatan rakyat di seluruh Daerah Saratok.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin setempat dan masyarakat atas kerjasama erat yang telah membantu meningkatkan tahap keselamatan awam di kawasan tersebut.
Beliau menyifatkan keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil komitmen serta pengorbanan tinggi anggota pasukan keselamatan yang sentiasa menjalankan tugas demi kedaulatan negara.
Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik dan Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie bersama barisan pegawai kanan yang lain.
Oleh Adi Safarman

Wanita Engkilili diseru perkukuh jati diri, keyakinan dan kebersamaan
ENGKILILI: Wanita di kawasan Engkilili diseru terus memperkukuh jati diri, keyakinan dan semangat kebersamaan bagi memainkan peranan lebih besar dalam

Hari Cuci Malaysia pupuk budaya gotong-royong dalam komuniti Saratok
SARATOK: Program Hari Cuci Malaysia Peringkat Daerah Saratok menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran

Gasing Pangkah Kalaka semarak Pesta Saratok 2026, warisan tradisional terus dipelihara
SARATOK: Permainan gasing tradisional terus mendapat tempat dalam kemeriahan Pesta Saratok 2026 apabila Pertandingan Gasing Pangkah Kalaka menjadi antara acara

Tuai Rumah perlu jadi penghubung penduduk, kerajaan – Mong Dagang
SRI AMAN: Tuai-Tuai Rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan diseru supaya terus mendekati agensi-agensi kerajaan bagi memastikan

