Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sebanyak 290,462 Kad Emas Kenyalang sudah dikeluarkan
  • TEMPATAN

Sebanyak 290,462 Kad Emas Kenyalang sudah dikeluarkan

Utusan Sarawak 11 months ago
DATO Sri Fatimah Abdullah melakukan simbolik penyampaian plak KGC kepada wakil PMG Serian, hari ini.

SERIAN: Sebanyak 290,462 Kad Emas Kenyalang (KGC) telah diagihkan di seluruh negeri sejak 2020 sehingga 31 Mei tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 20,462 KGC telah diagihkan di Bahagian Serian.

“Pemegang KGC di Serian boleh mendapatkan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh 18 rakan strategik di seluruh Bahagian Serian, dan sebanyak 420 rakan strategik di seluruh negeri,” katanya pada majlis penyampaian plak KGC kepada farmasi PMG Serian di sini, hari ini.

PMG Serian, menawarkan diskaun untuk pemegang KGC bergantung kepada pembelian barangan atau ubatan yang dibeli.

“Selain PMG Serian, antara rakan strategik di Serian adalah Segak Cut Barber iaitu promosi (RM5 hingga RM7) kepada pemegang KGC dan Amber Optics yang menawarkan diskaun ke atas barangan yang terpilih,” katanya.

Bagi golongan warga emas di Sarawak, mereka disediakan dengan potongan harga dan perkhidmatan melalui penggunaan KGC dengan kerjasama rakan strategik KGC yang terdiri daripada syarikat swasta dan pusat komersial berdaftar di serata negeri.

Continue Reading

Previous: Sarawak bekerjasama Universiti British Columbia berkaitan industri perlombongan
Next: Sarawak rancang lapangan terbang baharu seperti di Doha, Qatar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.