KUCHING: Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 213, berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 4.00 petang ini.
Lundu turut berada dalam kategori sama apabila merekodkan bacaan IPU 211.
Sementara itu, Samarahan mencatatkan IPU 186, diikuti Lubok Antu (184), Kuching (183), Tebedu (179) dan Sarikei (174), kesemuanya pada tahap tidak sihat.
ILP Miri pula merekodkan bacaan 166, Samalaju (165), Sri Aman dan Betong (MCAQM) masing-masing 159, Bintulu (157), Mukah (151) serta Kanowit (132).
Lima kawasan berada pada tahap sederhana iaitu Sibu dengan bacaan 90, Miri (88), Limbang dan Lawas masing-masing 82 serta Bario (53).
Kapit pula tidak mempunyai data terkini setakat 4.00 petang.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat manakala 201 hingga 300 sangat tidak sihat.




