Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sebahagian laluan meredah hutan di Tumbina Bintulu ditutup
  • SEMASA

Sebahagian laluan meredah hutan di Tumbina Bintulu ditutup

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LALUAN mendaki berhampiran kawasan tanah runtuh di Tumbina Bintulu ditutup atas faktor keselamatan. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan penggunaan laluan yang tidak dibenarkan.

BINTULU: Sebahagian laluan meredah hutan di Tumbina Bintulu telah ditutup kepada orang awam susulan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan struktur laluan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Tumbina Bintulu, penutupan ini dibuat atas pertimbangan keselamatan pengunjung.

“Laluan alternatif masih boleh digunakan oleh para pendaki.

“Selain itu, satu laluan baharu turut diterokai berhampiran kawasan terjejas,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menasihatkan agar pengguna laluan baharu tersebut sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.

“Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan atau tuntutan yang timbul akibat kegagalan mematuhi arahan ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai diminta untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan mematuhi segala arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Insiden ikan mati: Aktiviti bot tunda disyaki punca utama
Next: Malaysia, China jalin kerjasama perkukuh AI, ekonomi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.