KUCHING, 4 Oktober: Samarahan kekal sebagai satu-satunya kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat dengan bacaan 151 setakat 12.00 tengah hari hari ini.
Bacaan itu menunjukkan penurunan satu mata berbanding 152 yang direkodkan pada 8 pagi, namun masih berada dalam kategori tidak sihat.
Sebanyak 20 kawasan lain merekodkan bacaan pada kategori sederhana, manakala Bario menjadi satu-satunya kawasan dengan kualiti udara pada tahap baik, iaitu 39.
Antara kawasan yang mencatat bacaan sederhana ialah Betong (MCAQM) dengan 99, Sri Aman (98), IPD Serian (MCAQM) (95), Kanowit (92) dan Kuching (91).
Kawasan lain ialah Lubok Antu (86), Lundu (84), Samalaju (83), Belaga (81), Bintulu (79), Sibu dan Kapit masing-masing 78, Miri (77), Mukah dan ILP Miri masing-masing 73, Lawas (72), Tebedu (69) serta Limbang (62).
Menurut laporan kualiti udara NREB Malaysia, bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter paling dominan.




