KUCHING, 4 Oktober: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 152, sekali gus berada pada kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi hari ini.
Sebanyak 20 kawasan lain merekodkan bacaan pada kategori sederhana, manakala Bario menjadi satu-satunya kawasan yang mencatat kualiti udara pada tahap baik dengan bacaan 22.
Betong (MCAQM) mencatat bacaan 99, diikuti Sri Aman dan IPD Serian (MCAQM) masing-masing 98, manakala Kuching merekodkan 94.




