Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SCLF 2024 mampu tingkat minat kanak-kanak dalam STEM
  • WILAYAH

SCLF 2024 mampu tingkat minat kanak-kanak dalam STEM

Utusan Sarawak 8 months ago
PERASMIAN… Safiee Ahmad bersama Fairul Azli merasmikan Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2024 (SCLF) di Pustaka Negeri Sarawak Sibu, hari ini.

SIBU: Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2024 (SCLF)merupakan satu program yang dapat meningkatkan minat kanak-kanak terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, program ini amat sesuai dan selari dengan matlamat dasar kerajaan pada masa ini terutama bagi menggalakkan kanak-kanak menceburi bidang STEM.

Menurutnya, program terbabit amat baik serta memberi banyak maklumat kepada kanak-kanak sekolah, selain turut menerapkan unsur kesedaran.

“Penglibatan agensi juga amat baik, ia bukan sahaja menjerumus kepada yang berkaitan dengan akademik semata-mata, tetapi juga ada unsur yang memberi kesedaran, contohnya penglibatan agensi seperti Jabatan Penjara dan sebagainya.

“Program kebanyakkan begitu menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Ini sekali gus dapat menaikkan minat kanak-kanak terutama dalam bidang STEM,” katanya.

LAWATAN… Safiee Ahmad melawat reruai Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2024 (SCLF).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2024 di Pustaka Negeri Sarawak Sibu, hari ini.

Katanya, program tersebut juga selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2023 kerajaan Sarawak.
“Saya dapati mereka juga membawa beberapa program yang memberi kesedaran kepada kanak-kanak khususnya tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

“Saya berharap program ini akan mendapat sambutan baik daripada pelajar di peringkat sekolah rendah,” ujarnya.

Beliau berkata, program tersebut bersifat menyeluruh serta peluang terbaik kepada pelajar khususnya untuk melihat sendiri pameran yang dibuat.

“Saya dapati banyak pameran yang melibatkan berbagai agensi, yang begitu baik untuk dilawati dan difahami. Saya percaya ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan minat pelajar khususnya dalam bidang yang mereka minati,” ujarnya lagi.

Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2024 berlangsung selama dua hari (21 hingga 22 September).

Turut hadir, Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Sibu, Fairul Azli.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan bandar kekal aman, selamat
Next: Willie serah geran bina jalan ladang, pembangunan Gereja St. Mathew

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.