Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Satukan masyarakat dalam suasana keriangan
  • Tengah
  • WILAYAH

Satukan masyarakat dalam suasana keriangan

Utusan Sarawak 4 months ago
KENANGAN… Kapitan Ling Dien Yong bergambar bersama penduduk rumah panjang.

SARIKEI: Sempena sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2025, Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah menganjurkan program santai pemimpin bersama rakyat di 20 rumah panjang di sini.

Hadir selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii ialah Kapitan Ling Dien Yong.

Kunjungan tersebut bermula 2.00 petang sehingga tengah malam, Khamis lalu.

Dalam ucapannya, Tiong Sii berkata, sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2025 menyatukan masyarakat dalam suasana penuh keriangan.

“Selain itu, ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk untuk menghadapi cabaran baharu.

“Selamat Tahun Baharu 2025. Semoga tahun ini dipenuhi dengan kasih sayang, kejayaan, dan kebahagiaan untuk semua,” katanya.

Tiong Sii berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Kapitan Ling Dien Yong.

Rumah panjang yang dikunjungi adalah Rumah (Rh) Pitre Ambit Tayup, Rh Bansa Nanggal, Rh Sabah Sawong, Rh Rampai Timbang, Rh Clement Asuh, Rh Limbang Maleng, Rh Jawi Singki, Rh Anthony Suding, Rh Antam Ali, Rh Tayan Gundi, Rh Mawas Timbu, Rh Musit Merun, Rh Mariam Jilan, Rh Rampoo Paing, Rh Setia Ungok, Rh Keli Angai, Rh Endawi Mula, Rh Alen Jaro, Rh Robert Igo dan Dewan Jalan Langsat.

Turut hadir, Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan sambil belajar ke balai bomba 
Next: Program Sentuhan Kasih dekati orang yang memerlukan bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.