Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak raikan PPP dari 12 bahagian
  • KESIHATAN

Sarawak raikan PPP dari 12 bahagian

Utusan Sarawak 2 months ago
TAHNIAH… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima semasa majlis Sambutan Hari PPP Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Auditorium Pusat Jantung Sarawak, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak 2025 menghimpunkan wakil Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari 12 bahagian di Sarawak untuk meraikan sumbangan mereka dalam sektor kesihatan di Auditorium Pusat Jantung Sarawak, hari ini.  

Menurut Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sarawak (KPPPN), setakat ini sebanyak 203 kekosongan jawatan PPP perlu diisi segera, tidak termasuk di Hospital Petra Jaya yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.  

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian turut menekankan bahawa kerajaan negeri berharap pengambilan PPP secara tetap dapat dipercepatkan.  

Beliau turut memaklumkan bahawa 774 kontrak PPP di seluruh negara akan diserap ke jawatan tetap, yang diharap akan memberi manfaat kepada Sarawak.  

JELASKAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap semasa menghadiri majlis Sambutan Hari PPP Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Auditorium Pusat Jantung Sarawak, hari ini.

Pada masa sama, majlis tersebut yang bertema ‘Revolusi Digital: Evolusi Pembantu Perubatan Pintar’ tahun ini bertujuan mencerminkan peranan PPP dalam mendepani teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), rekod perubatan elektronik dan teleperubatan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan.  

Oleh Masrin Affirah

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Lebih banyak kes FMD dilapor di Korea Selatan
Next: YOLO punca ‘ketagih’ hubungan sejenis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.