Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perlu perjuangkan hak
  • TEMPATAN

Sarawak perlu perjuangkan hak

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing (gambar) berkata, Sabah dan Sarawak berada dalam situasi berbahaya kerana ia cuma mempunyai kurang dari dua pertiga daripada 222 ahli Parlimen.

Beliau berkata, sekiranya semua ahli Parlimen dari Semenanjung  bersatu, maka mereka akan dapat menngubal Perlembagaan Persekutuan kerana mereka memiliki majoriti sebanyak dua pertiga di Parlimen.

“Ini adalah tidak baik untuk Sabah dan Sarawak dan Parlimen boleh meluluskan apa-apa saja undang-undang yang tidak memihak kepada kita,” kata Masing apabila membuat ulasan berkenaan dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa Sarawak akan terus memperjuang haknya untuk diberi satu pertiga perwakilan.

“Sebelum Singapura keluar dari Persekutuan ini pada 1965, ahli Parlimen dari Semenanjung mempunyai kurang daripada dua pertiga, jadi mereka tidak dapat membuat sebarang perubahan tanpa sokongan dari Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Setelah Singapura keluar, 15 kerusi dari Singapura diambil oleh Semenanjung dan tidak ada yang diberi kepada sabah dan Sarawak.

“Jadi, saya setuju dengan Ketua Menteri supaya kita mesti ada sekurang-kurangnya satu pertiga perwakilan.

“Kita mesti memperjuangkan untuk kedudukan ini dan Sabah mesti bersama kita untuk tujuan ini,” kata Masing.

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka
Next: Tebingan sungai dipanjangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.