Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utara
  • SABATI sokong perkasakan pendidikan STEM
  • Utara

SABATI sokong perkasakan pendidikan STEM

Utusan Sarawak 6 months ago
PELAJAR BIJAK… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan yang lain merakam gambar bersama pelajar SK Pusat yang menghasilkan roket mini.

LAWAS: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) tampil menyokong perkasakan pendidikan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) seluruh sekolah di Sarawak.

Melalui sumbangan pendidikan daripada Petros dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, SABATI telah merangka program pembelajaran STEM di beberapa sekolah di Sarawak melalui dana pendidikan STEM.

Timbalan Presiden SABATI Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Awang Daud memberitahu usaha ini adalah bagi menyemai minat dalam kalangan pelajar Sarawak mengikuti pendidikan STEM.

“Kita pentingkan mata pelajaran STEM jadi kita bersetuju untuk meningkatkan dana pendidikan STEM bagi menanam minat dan penglibatan murid-murid terhadap pelajaran STEM.

“Dengan adanya dana sebanyak RM1 juta yang telah disumbangkan oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kita merancang menggunakannya untuk seluruh sekolah negeri Sarawak,” katanya pada perasmian penutupan Bengkel Kecemerlangan SPM dan Kem Karnival STEM anjuran SABATI 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sundar oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini.

Setakat ini 130 sekolah rendah kebangsaan dan 41 sekolah menengah di Sarawak yang merangkumi 5,536 pelajar menerima manfaat daripada program pendidikan STEM ini.

SABATI mula ditubuh pada 1982 oleh Allahyarhamah Tun Datuk Amar Laila Taib yang memulakan program SABATI dalam aktiviti melestarikan alam sekitar melalui penanaman pokok.

Sekarang peranan SABATI terus diperluas kepada program kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan, sukan dan kebudayaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bangunan Perkim Lawas bakal jadi mercu kejayaan
Next: Program ALI diperluas ke Limbang, Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.