BINTULU: Kolej Sri Rajang (KSR), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), melaksanakan inisiatif Sedeqah Center dan Dapur Siswa sebagai usaha membantu memenuhi keperluan makanan serta kebajikan pelajar, khususnya golongan yang memerlukan.
Menurut kenyataan UPMS, inisiatif berkenaan mengalu-alukan sumbangan daripada warga universiti, alumni, pihak luar serta individu bagi menyokong usaha kebajikan tersebut.
Sumbangan yang diperlukan merangkumi wang tunai, bahan makanan serta barangan keperluan harian yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
Menurut kenyataan itu, setiap sumbangan yang diberikan, walaupun dalam jumlah kecil, mampu memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui imbasan kod QR yang disediakan pada poster hebahan UPMS.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif berkenaan boleh menghubungi Aileen Natasha di talian 011-3722 0998 atau Carlsbery Jelian di talian 019-976 1302.
Oleh Faizah Muzidi





