Rumah teres dua tingkat terbakar 60 peratus di Kota Samarahan, empat penghuni selamat

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Uni Garden, Kota Samarahan awal pagi tadi. Foto JBPM

KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Uni Garden di sini terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian awal pagi tadi, namun empat penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.18 pagi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Justin Basik, kebakaran membabitkan tiga bilik tidur di tingkat atas dengan anggaran kerosakan sekitar 60 peratus, namun api berjaya dikawal daripada merebak ke bahagian bawah rumah.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan serta satu aliran salur bantu mula menggunakan teknik pemadaman secara ofensif dan defensif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua empat penghuni terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, api berjaya dikawal pada 5.55 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.08 pagi selepas pemeriksaan lanjut memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis