Kebakaran musnahkan sebuah rumah di Mukah

Facebook
WhatsApp
KELIHATAN sebuah rumah musnah 100 peratus dijilat api dalam kebakaran bertempat di Jalan Petanak Jaya, Kampung Petanak Jaya, Mukah, pagi tadi. Foto JPBM Sarawak.

MUKAH, 25 November: Sebuah rumah jenis struktur tidak kekal di Kampung Petanak Jaya, Mukah musnah dalam sebuah kebakaran, di sini, pagi tadi. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.48 pagi.

USAHA memadam kebakaran giat dilaksanakan oleh pegawai bomba yang bertugas. Foto JPBM Sarawak.

Susulan itu, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bersama kekuatan  sebuah unit jentera pemadam api dan penyelamat ringan serta sebuah unit jentera atau van Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.53 pagi selepas menempuh perjalanan kira-kira empat kilometer.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada 1.36 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 2.35 pagi.

Sehubungan itu, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Jefri Abdullah dengan pemantauan Ketua BBP Mukah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rasid Songli.

Oleh Adibfahmy