KUCHING, 26 November: Sebuah kereta jenis Toyota Alphard mengalami kebakaran 100 peratus pada bahagian enjin dalam kejadian di kawasan Kuching Car Rental 3A, Jalan Stutong Baru, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.28 malam.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada 11.41 malam hasil tindakan anggota bomba yang menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 12.13 tengah malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi punca api,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Adele Rissa





