Pemuda perlu jadi penghubung suara anak muda menghadapi PRN Sarawak

Facebook
WhatsApp
PEMUDA perlu jadi penghubung suara anak muda menghadapi PRN 

KUCHING, 28 Nov: Pergerakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara golongan muda dengan pihak bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat bagi memastikan suara dan keperluan generasi itu terus diberi perhatian dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.13 Batu Kitang, Saefudeen Omar Al-Fatah Mahmud, 28, berkata usaha mendekati golongan muda perlu bermula dengan kesediaan untuk turun padang, mendengar pandangan serta memahami isu yang dekat dengan kehidupan mereka.

Menurutnya, Pemuda bukan sekadar berperanan menghimpunkan golongan muda menerusi pelbagai aktiviti, malah perlu menjadi saluran untuk membawa pandangan dan keperluan mereka kepada pihak berkaitan.

“Peranan Pemuda adalah untuk menjadi penghubung antara golongan muda dengan pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat.

“Kita perlu turun mendengar, memahami isu dan keperluan anak muda serta membawa pandangan mereka melalui saluran yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kejohanan bowling Pemuda kawasan Batu Kitang di Riverside Superbowl, di sini, semalam.

Saefudeen berkata aktiviti sukan dan rekreasi seperti bowling merupakan antara pendekatan untuk menghimpunkan golongan muda dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan hubungan serta membuka ruang interaksi lebih dekat.

Katanya, kejohanan itu menghimpunkan kira-kira 50 anggota Pemuda daripada sembilan ranting di kawasan Batu Kitang, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan mengukuhkan hubungan di peringkat akar umbi.

Sembilan ranting berkenaan ialah Betung, Landeh, Sebua, Paya Mebi, RPR Landeh, Haji Baki, Bunga Rampai, Batu Kitang Jaya dan Lidah Tanah.

Beliau berkata pihaknya turut merancang memperbanyakkan program kesukanan dan kebajikan yang lebih dekat dengan minat golongan muda, selain memberi peluang kepada mereka mengetengahkan bakat serta idea.

Menurutnya, pendekatan santai seperti itu akan diteruskan sebagai sebahagian daripada aktiviti berkala Pemuda bagi memastikan hubungan dengan komuniti belia terus diperkukuh.

Sementara itu, anggota Pemuda Ranting Landeh, Mohd Hairil Hafizzi Jais, 36, berkata aktiviti seumpama itu memberi peluang kepada golongan muda untuk berkumpul, bertanya khabar dan bertukar pandangan selepas jarang mempunyai kesempatan untuk bertemu.

Beliau berharap lebih banyak program santai dan kompetitif dianjurkan pada masa hadapan, termasuk aktiviti mendaki, bola sepak dan sukan elektronik (e-sukan).

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Kaunselor Mahmud Dato Sri Ibrahim.

Oleh Afiq Sallehi 

Royston terima hadiah berganda hari ini

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian, Royston Valentine mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan menang tanpa

Siapa Calon Bebas?

1. Peter John Jaban, 62 tahun* DUN: N.11 Batu Lintang.* Latar belakang: Aktivis veteran Sarawak.* Sejarah parti: Tiada* Sebelum bertanding,