Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah persendirian musnah terbakar
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah persendirian musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago
MUSNAH… Rumah persendirian musnah terbakar. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebuah rumah persendirian di Rumah Gerinang, Batu 8 musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1.08 petang.

“Saya bersama sepasukan bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah tidak kekal sedang terbakar,” katanya ketika dihubungi.

PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah persendirian di Rumah Gerinang, Batu 8. Foto BBP Bintangor

Katanya, komander operasi, Mijan Pamin membuat pemeriksaan dan mengarahkan anggota bomba menggunakan satu aliran kekili hos dan satu aliran 100 kaki dari pam angkut dan sumber dari kolam terbuka untuk membuat pemadaman secara defensif.

“Peratus kebakaran adalah seratus peratus. Pemadaman sisa kebakaran turut dijalankan bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

“Kesemua lima penghuni rumah dalam keadaan selamat.

“Operasi memadamkan kebakaran selesai sepenuhnya pada 2.25 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Berwaspada, bersedia hadapi banjir
Next: Kempen kutipan sumbangan mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.