Program Sarawakku Sayang 2026 di Sri Aman 30 Oktober hingga 1 November ini

Facebook
WhatsApp
PROGRAM Sarawakku Sayang 2026 Zon Selatan, Sri Aman pada 30 Oktober hingga 1 November nanti. Foto Ukas

SIMANGGANG, 5 Oktober: Program Sarawakku Sayang 2026 bagi Zon Selatan, Bahagian Sri Aman, bakal berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.

Program berkenaan akan diadakan di Padang Kompleks Sukan Sri Aman dan dijangka menjadi antara lokasi tumpuan masyarakat setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang penganjurannya.

Program Sarawakku Sayang 2026 yang membawa tema “Jaga Sarawak, Intu Sarawak” merupakan inisiatif yang mengetengahkan pendekatan mendekati masyarakat, selain menyemarakkan semangat kecintaan terhadap Sarawak.

Penganjuran di Zon Selatan itu dijangka menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan, termasuk penduduk Sri Aman dan kawasan sekitar, dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kekitaan.

Program berkenaan turut menjadi platform untuk masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai inisiatif, perkhidmatan serta program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi manfaat rakyat Sarawak.

Pemilihan Padang Kompleks Sukan Sri Aman sebagai lokasi program dijangka memudahkan orang ramai untuk hadir beramai-ramai, selain mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan agensi kerajaan serta pihak berkaitan.

Orang ramai, khususnya penduduk di Bahagian Sri Aman dan kawasan sekitarnya, diseru mengambil peluang untuk menyertai Program Sarawakku Sayang 2026 Zon Selatan yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Program berkenaan bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kompleks Sukan Sri Aman.

Oleh Adi Safarman