Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rokok seludup bernilai RM657,600 dirampas
  • Utara
  • WILAYAH

Rokok seludup bernilai RM657,600 dirampas

Utusan Sarawak 5 months ago
MUSLIHAT TERBONGKAR… Rokok yang dirampas di Limbang.

LIMBANG: Usaha mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan rumah sewa sebagai stor simpanan rokok seludup tidak bercukai bernilai RM657,600 berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak.

Kejayaan berkenaan diraih melalui Ops Taring Landai yang dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Ab. Rahman Mat Hasan berkata dalam operasi 12.05 tengah malam itu pasukannya berjaya merampas 480,000 batang rokok putih dan 54,400 batang rokok kretek di sebuah rumah di kawasan perumahan RPR Fasa 4, Batu Biah.

Kata beliau tiada individu ditahan semasa serbuan dan modus operandi yang digunakan dipercayai menjadikan rumah sewa tersebut sebagai stor untuk menyimpan rokok tidak bercukai.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai adalah dianggarkan sebanyak RM657,600.

“Kesemua rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Limbang untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu sebanyak lebih RM1.7 juta nilai rampasan berjaya dihasilkan pihaknya melalui operasi kontraban bermula Januari sehingga Disember tahun ini dengan kerjasama daripada pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang.

“Dalam tempoh sama katanya dua individu termasuk seorang wanita berjaya ditahan, manakala sebanyak tiga buah kenderaan dan sebuah bot laju juga berjaya dirampas,” jelasnya.

PDRM khususnya Pasukan Polis Marin Wilayah Lima akan terus berusaha membanteras kegiatan jenayah penyeludupan di daerah ini.

“Kita berharap masyarakat akan terus memberi kerjasama serta menyalurkan maklumat berkaitan agar tindakan penguatkuasaan dapat diimplementasikan,”ujarnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan diteruskan demi keselamatan penduduk
Next: Tujuh projek naik taraf jalan di Bintangor siap dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.