Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM900,000 untuk bina Anjung Selera, inap desa Persatuan Nelayan Kawasan Kabong
  • WILAYAH

RM900,000 untuk bina Anjung Selera, inap desa Persatuan Nelayan Kawasan Kabong

Utusan Sarawak 11 months ago
MOHD Chee Kadir pada Program Ziarah Nelayan dan CSR LKIM negeri Sarawak di Dewan Sri Nelayan Kabong, hari ini.

KABONG: Beberapa projek yang dirancang akan dilaksanakan dibawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) melibatkan peruntukan berjumlah RM2 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata antaranya ialah projek membina sebuah Anjung Selera dan inap desa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong yang diperuntukkan RM900,000 untuk membinanya.

Selain itu, projek pembinaan Stesen Minyak PNK Kabong berjumlah RM800,000 dan projek menaik taraf Yellow Cafe PNK Kabong berjumlah RM300,000.

“Kesemua projek tersebut masih dalam peringkat penyediaan dokumen (BQ). Agensi yang terlibat akan mengadakan lawatan tapak dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan program ziarah nelayan dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Sarawak di Dewan Sri Nelayan Kabong, hari ini.

Chee Kadir berkata selain itu beliau turut memuji pihak PNK Kabong di atas usaha dan inisiatif mereka mewujudkan kembali seni bela diri atau seni mempertahankan diri silat di Kabong.

“Saya difahamkan, PNK Kabong kembali mengaktifkan seni silat Mayang Mengurai yang kini melibatkan seramai 80 orang belia yang diuruskan oleh Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) yang telah ditubuhkan pada Mac lalu.

“Mereka telah diberi tunjuk ajar oleh guru silat dari Bintulu, Sibu, Bintangor, Sri Aman dan Kabong sendiri. Saya akan bersedia membantu pihak pengurusan Silat Mayang Mengurai Kabong ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, pihak LKIM telah menyumbangkan sebanyak RM47,050 kepada dua penerima mekanisasi dan automasi serta dua orang penerima bantuan skim bencana alam dan kebajikan nelayan.

Pihak PNK Kabong berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM11,885 kepada 36 orang penerima bantuan zakat dan asnaf, 22 orang penerima bantuan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, 11 penerima sumbangan ihsan, dan sumbangan kepada pasukan sukarela Bomba Kabong.

Turut hadir ialah Pengarah LKIM negeri Sarawak, Mohamad Rizal Sahari, Timbalan Pengarah LKIM negeri Sarawak, Hasbie Mokti, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Pegawai Wilayah LKIM IV Betong, Nurhaizawati Samsimon dan Pengerusi PNK Kabong, Darmizan Daud.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Masjid Al-Muttaqin dinaik taraf bernilai RM9.5 juta
Next: Maritim Tanjung Manis tahan bot nelayan bersama 4 kru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.