Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM2.5 JUTA PULIH ST. JOSEPH
  • TEMPATAN

RM2.5 JUTA PULIH ST. JOSEPH

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK PEMULIHAN … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan replika cek kepada Christopher Chua (kiri) sambil disaksikan oleh Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching.

KUCHING: Sekolah St. Joseph menerima geran sebanyak RM2.5 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk Projek Pemulihan Bangunan Blok Mill Hill di sini, semalam.

Geran tersebut di sampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas menerima kunjungan hormat rombongan dari Lembaga Pengurusan Sekolah St. Joseph di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching.

Rombongan yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi Projek Pemulihan Mill Hill Christopher Chua telah memberi penerangan kepada Ketua Menteri mengenai perkembangan terkini dan pemulihan bangunan Blok Mill Hill di St. Joseph School dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Christopher Chua, Pemangku Pengerusi Projek Pemulihan Mill Hill dan Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah SMK St. Joseph, Uskup Agung Simon Poh, Penaung Lembaga SMK St Joseph dan Gerald Lee, Ahli Lembaga Pengarah SMK St Joseph.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Tiada pemindahan mangsa banjir di Kapit
Next: Kes remaja hamil turun hasil program KAPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.