Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM150,000 untuk bina dewan SK St. Stephen Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

RM150,000 untuk bina dewan SK St. Stephen Bau

Utusan Sarawak 6 months ago

BAU: Sekolah Kebangsaan (SK) St. Stephen Bau telah menerima kelulusan geran Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM150,000 bagi pembinaan dewan sekolah yang akan dimulakan, tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep mengumumkan peruntukan tersebut pada majlis malam Setulus Budi Kasih Bersemi anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St. Stephen Bau di Dewan Suarah Bau, kelmarin.

Dewan ini, katanya, dijangka memberi manfaat besar kepada murid-murid dan guru-guru, menyediakan tempat berlindung daripada cuaca panas dan hujan semasa perhimpunan dan aktiviti sekolah lain.

Dalam ucapannya, Henry turut menekankan kepentingan untuk menambah kemudahan fasiliti sekolah yang seiring dengan prestasi akademik murid, supaya pencapaian mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh.

Pada majlis sama, beliau turut meluluskan geran tambahan berjumlah RM5,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk PIBG SK St. Stephen Bau bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan sekolah.

Turut bersama menghadiri majlis ini, Pegawai Pendidikan Daerah Bau Edward Ngelai dan Yang Dipertua PIBG SK St. Stephen Bau Blawino Sekin.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiong Sii dipilih semula Pengerusi SUPP Sarikei
Next: Syarikat Chop Thai Chiang taja baju untuk acara regata Pesta Benak Sri Aman 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.