Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rezeki naikkan ikan sembilang tujuh kg, Leong Kai Kui menang RM10,000
  • WILAYAH

Rezeki naikkan ikan sembilang tujuh kg, Leong Kai Kui menang RM10,000

Utusan Sarawak 5 months ago
JUARA… Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan hadiah kepada Leong Kai Kui. Turut kelihatan ialah Pengurus Iftitah Restaurant And Resort Belawai, Ibnee Ekni. Foto Iftitah Restaurant And Resort.

TANJUNG MANIS: Leong Kai Kui dinobatkan sebagai juara pertandingan Mesai Akah Umek Iftitah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 semalam.

Kai Kui telah berjaya menaikkan ikan sembilang seberat tujuh kilogram (kg) di Pantai Belawai semasa pertandingan tersebut.

TUAH… Ikan sembilang (kiri) seberat tujuh kilogram yang membawa tuah kepada Leong Kai Kui.
Foto Iftitah Restaurant And Resort.

Naib juara dimenangi oleh Safarudin Jelani selepas menaikkan ikan pari seberat 3.9 kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Nazry Hanafi setelah berjaya mendaratkan ikan pari seberat 3.5 kg.

Sementara itu, seramai 12 pemancing menerima hadiah wang sagu hati, masing-masing membawa pulang RM100. Kesemua hadiah disampaikan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

Pertandingan ini merupakan edisi kelapan dan telah disertai seramai 302 peserta.

Turut hadir, Pengurus Iftitah Restaurant And Resort Belawai, Ibnee Ekni dan Penghulu Kampung Rajang, Abu Seman.
Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 350 penduduk terima sumbangan sempena Krismas
Next: Projek tebatan banjir Maludam bermula 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.