Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Remaja warga China rentung dalam kebakaran di Miri
  • KEBAKARAN

Remaja warga China rentung dalam kebakaran di Miri

Utusan Sarawak 6 months ago
KEBAKARAN melibatkan dua rumah di Grand Park awal pagi tadi, mengorbankan seorang remaja 13 tahun. FotoJBPM

MIRI: Seorang remaja perempuan warganegara China ditemukan rentung dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar satu tingkat di Jalan Grand Park di sini, awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, 13, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.

“Panggilan tentang kejadian diterima pada 3.06 pagi dan 12 anggota dalam dua jentera masing-masingnya daripada BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Lopeng dan BBP Miri tiba di lokasi kira-kira 3.16 pagi,” katanya.

Pasukan bomba berkenaan berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian dan unit bersebelahan rumah berkembar terlibat hanya mengalami kebakaran di bahagian siling.

Mayat Yuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba ambil masa 3 jam padam kebakaran belukar seluas 2 hektar
Next: Bahagian dapur kedai kopi terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.