Sampah terbakar di hotel lama terbiar

Facebook
WhatsApp
TERBAKAR...Pasukan bomba memadam kebakaran longgokan sampah di sebuah bangunan hotel lama yang terbiar di Jalan Hokkien, Miri malam tadi.

MIRI: Longgokan sampah di sebuah bangunan hotel lama yang terbiar di Jalan Hokkien di sini terbakar malam tadi, namun api berjaya dipadamkan bomba dalam tempoh beberapa minit.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.32 malam sebelum lapan anggota BBP Miri dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 8.41 malam, pasukan mendapati kebakaran hanya melibatkan sampah di bangunan hotel lama yang terbiar.

“Pasukan menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran dan operasi tamat pada jam 8.45 malam selepas memastikan tiada lagi bahaya kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Liong Chai Ling

Empat rumah terbakar di Uma Badeng

BELAGA: Empat rumah kayu di Uma Badeng, Sungai Asap, terbakar dalam kejadian pagi ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba