Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja diselamatkan setelah terjun dari jambatan
  • WILAYAH

Remaja diselamatkan setelah terjun dari jambatan

Utusan Sarawak 8 months ago

Remaja perempuan cuba membunuh diri berjaya diselamatkan orang awam dan ditenangkan oleh anggota bomba.

SIBU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian yang berlaku di Pasar Sungai Merah, pagi tadi.

Menurut laporan, remaja tersebut dilihat terjun ke dalam sungai dari Jambatan Pasar Sungai Merah pada jam 8.41 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak memaklumkan bahawa mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Mereka menggunakan galah panjang untuk menarik mangsa keluar dari sungai sebelum pihak bomba tiba.

“Hasil tindakan pantas orang awam, mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Continue Reading

Previous: 3,000 peserta memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di Bintulu
Next: Buaya berjaya ditembak mati oleh penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.