Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja dilaporkan hilang ditemui selamat
  • JENAYAH

Remaja dilaporkan hilang ditemui selamat

Utusan Sarawak 2 months ago
REMAJA perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Maang, Batu 24, Jalan Kuching-Serian, telah ditemui, semalam.

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Maang, Batu 24, Jalan Kuching-Serian, telah ditemui, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa mangsa dipercayai mengikut seorang rakan lelaki sebelum dilaporkan hilang.

“Apabila ditemui, mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap rakan lelaki tersebut sekiranya laporan perubatan menunjukkan sebarang bukti jenayah.

Mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat keluar dari rumah sekitar 9.00 malam pada 7 April lalu.

Pencarian telah dijalankan oleh ahli keluarga dengan bantuan pihak polis sebelum mangsa berjaya dikesan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bayi lima bulan meninggal dunia di bawah jagaan pengasuh
Next: Bot nelayan guna radas tamat tempoh ditahan di perairan Samalaju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.