Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Bebuling STOLport, Jambatan Sg Paku dijangka siap ikut jadual – Uggah  
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek Bebuling STOLport, Jambatan Sg Paku dijangka siap ikut jadual – Uggah  

Utusan Sarawak 4 months ago
DATUK Amar Douglas Uggah menghadiri taklimat mengenai dua projek itu serta dua lagi projek jalan utama di bahagian itu dapam lawatan ke Pejabat JKR Bahagian Betong hari ini.

BETONG: Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melahirkan rasa lega apabila pembinaan dua projek besar di Bahagian Betong sedang berjalan dengan baik.

Beliau sangat gembira dengan kemajuan semasa projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling dan Jambatan Sungai Paku dan berada di landasan yang sempurna untuk berjaya disiapkan.

“Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kontraktor, dan masalah yang dihadapi tersebut tersebut hanyalah masalah kecil.

“Tetapi daripada taklimat yang telah saya berikan saya pasti mereka boleh mengatasi untuk projek-projek ini disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau ysng juga yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata demikian semasa menghadiri taklimat mengenai dua projek itu serta dua lagi projek jalan utama di bahagian itu dapam lawatan ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong di sini, hari ini.

Kemajuan bagi projek STOLport Bebuling adalah 0.38 peratus (70.16 peratus) mendahului jadualnya sebanyak 69.77 peratus. Projek ini membelanjakan kos bernilai RM296 juta.

Mengenai pembinaan lapangan terbanng tersebut, kerja-kerja kini tertumpu pada pemasangan sistem lapangan terbang, kerja-kerja awam di tepi udara (yang terdiri daripada landasan dan laluan teksi) dan kerja awam di darat (tempat letak kereta dan jalan masuk utama. Ia dijadualkan siap pada Ogos tahun ini.

Mengenai gerbang keluli rentang 107 meter Jambatan Sungai Paku di Tanjung Sebekut di Spaoh, Uggah berkata ia juga dijadualkan siap pada Ogos tahun ini.

Namun beliau menyatakan harapan kontraktor dapat menyiapkannya sebelum atau menjelang Jun tahun ini.

“Ini akan menjadikan Gawai Dayak tahun ini satu majlis yang lebih istimewa untuk penduduk tempatan,” katanya sambil menambah jambatan bernilai RM36.9 juta itu kini 48.65 peratus siap berbanding jadual 48.37 peratus.

Uggah berkata  penghantaran penuh komponen fabrikasi luar tapak dari kilang Sejingkatnya dijangka tiba untuk pemasangan di tapak itu menjelang bulan ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu, Residen Betong Richard Micheal Abunawas, Jurutera JKR Bahagian Betong Jason Ng dan Penguasa Tanah Dan Ukur Bahagian Betong Moris Nayup.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan awal asas penting bentuk generasi masa depan
Next: MDMD gazet beberapa kawasan sebagai tapak bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.